Tuesday, 20 September 2016

Lokasi menarik di Batu Pahat. Old Street Commercial Centre, Batu Pahat,Johor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat sejahtera semua. Sekian lama tanpa kemunculan di blog. 5 bulan rasanya aku tak menulis. Memang rasa kosong. Memang payah sikit nak update sebab sejak pindah rumah baru, internet kawasan rumah tengah bermasalah. Jadinya, pakai mobile data sendiri. Jenuh juga lagu tu. 😔

 Old Street Commercial Centre @ Disneyland Johor

Minggu lepas sempat singgah Old Street Batu Pahat yang terletaknya berdekatan Taman Sri Jaya. Senang cerita korang tuju je jalan ke Batu Pahat Mall, atau korang google je sebab memang tak susah nak cari pun. Tepi jalan, BP Mall pun tak jauh dari tu dah dekat lah dengan Old Street. 

 Boleh fefeelings Cinderellan dan kereta labunya.. 


Pandangan dari atas Old Street Commercial Centre 

Masa aku pergi tu malam. Yang bestnya bila pergi waktu malam, banyak lampu-lampu menarik. Lagi 1 kawasan atas ni seakan-akan macam taman. Taman di atas bumbung bangunan. Dihiasi dgn pelbagai kiosk dan cafe yang berkarekter kartun, Doraemon, Panda, Disney dan sebagainya.


Ini dia mini cafe Doraemon. comel baq hang! Dalam semua Doraemon ok!

Boleh juga pergi waktu siang. Lagi best dapat nampak semua karekter kartun.



Sesi bergambar untuk baby Fawwaz, Paksa juga dia bergambar 😂



Sebelah malam memang jadi tempat tumpuan dari segala bangsa sebab banyak cafe yang style habis, so ini jadi tempat lepak yg moden... Bagi Melayu Islam rasanya was-was sikit bab makanan sbb kebanyakannya cafe diorang chinese punya, kalau nak makan pun beli aiskrim, ice blanded. Yang tu ok. Bawa bekal pun takde hal. Kat atas tu boleh makan, meja pun banyak sambil la menikmati keindahan alam.👍🏽👍🏽👍🏽

Tak dikenakan bayaran pun. Nak naik atas tu boleh naik tangga, boleh naik lift. So takde masalah nak bawa parents atau anak kecil.


Ada moo-moo comel ni. Sepatutnya bergambar tak boleh naik atas dia. Tapi Fawwaz terus je terjah. Haha. 😁



Control car pun ada jugak. Boleh isi masa anak-anak naik control car. RM5.00 untuk 5 minit. Okey jugalah dari anak duk terkebil-kebil. 😂


Kesimpulannya, marilah datang beramai-ramai ke Old Street Batu Pahat, Johor ini, yang meriah dan ramai pengunjungnya. 😀





Sunday, 29 March 2015

Resipi Bayi : Ayam Goreng Herba



            Resipi Ayam Goreng Herba


Bahan-bahan :- 

2 ketul ayam
3 sudu tepung gandum
1 inchi kunyit hidup (tumbuk)
1 inchi halia (tumbuk)
3 sudu besar air masak (agak-agak sendiri)
1/2 sudu kecil mix herbs
Rempah ratus (tumis)
Minyak zaitun



Cara penyediaan :-

1. Basuh ayam dengan bersih. Tos dan ketepikan.
2. Gaulkan ayam dengan tepung gandum, 3 sudu air masak, mix herbs, halia dan kunyit tumbuk.
3.  Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun, tunggu sehingga panas. Tumiskan rempah ratus sehingga naik bau. 
4. Gorengkan ayam yg sudah digaul dgn bahan-bahan tadi sehingga masak.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Selamat Mencuba!

Resipi Bayi : Bubur Udang dan Sayur


Resipi Bento Baby Fawwaz




Bubur Udang dan Sayur

Bahan-bahan :-

1. 1/4 Bawang Holand (potong dadu)
2. 1 biji Bawang Putih (hiris nipis)
3. 5 kuntum brokoli dihiris
4. Lobak merah (sagat/ cincang halus)
5. Udang (buang kulit) dihiris dadu
6. Serbuk bilis (home made)
7. 3 sudu beras (blender halus)


Cara penyediaan :

1. Sediakan periuk, masukkan 3 sudu beras, 2 cawan air, masukkan kesemua bahan-bahan diatas bersama. 
2. Rebus semua sehingga kering sedikit. Lebih kurang 15-20 minit.
3. Matikan api, taburkan sedikit serbuk bilis home made bersama bubur. Gaul sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan. 


Selamat Mencuba!!

 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork