Showing posts with label Homemade solid food. Show all posts
Showing posts with label Homemade solid food. Show all posts

Wednesday, 11 February 2015

Bentolicious : Day 5


Assalamualaikum. 
Bneto untuk hari ke 5 : 27 Januari 2015
Usia baby Amirul Fawwaz genap 1 tahun 7 hari. 



Hidangan Baby Fawwaz untuk hari ke 5 #Cabaran Bento




Breakfast : 

Instant Oat 
Strawberry
Grapes
Banana 
Raisin

Cara penyediaan : 
  1. Rendam oat dalam mug bersama air panas. Biarkan selama 5 minit. Tapis dan ambil oat sahaja.
  2. Kukus buah strawberry dan anggur. siap, angkat dan toskan.
  3. Campurkan kesemua bahan oat, strawberry, anggur, pisang dan kismis kedalam blender dan blender ikut kesesuaian usia bayanda. 
  4. Siap, boleh dihidangkan. 


***************************************************************************



Lunch :

Cous cous
Isi Ikan kembung
Brokoli
Carrot
Cheese

Cara penyediaan :
  1. Masukkan cous-cous lebih kurang 3 sudu, isi ikan kembung, beberapa kuntum brokoli dan carrot kedalam periuk dengan air lebih kurang secawan setengan. (pastikan kesemua bahan dicuci dengan bersih).
  2. Hidupkan api dan tunggu sehingga mendidih. 
  3. Masukkan cheese dan matikan api.
  4. Siap dan boleh dihidangkan. 


**************************************************************************



Snacks : 
  1. Biskut jejari

************************************************************************

Thursday, 22 January 2015

Bentolicious : Day 2

Salam. Hari ni cuti. Walaupun cuti tapi masih lagi bersemangat untuk meneruskan cabaran bento untuk diri sendiri dan Baby Amirul Fawwaz.

Menu hari ini : 


Breakfast (atas) - Lunch (bawah)



Resipi :

Breakfast

Bahan- bahan : 

Instant oat
Papaya
Banana
Kurma

Cara penyediaan : 

1. Rendam instant oat dalam air panas. Selepas kembang, terus tapis, ambil oat sahaja, air tak perlu.
2. Betik dan pisang di potong dadu. Basuh bersih. 
3. Blander semua dalam Turbo Chopper Tupperware bersama kurma dan oat.
4. Siap dan boleh dihidangkan.


Lunch 

Bahan- bahan : 

Cous cous
Kangkung
Daun sup
Isi ayam
Kentang
Bawang
Halia

Cara pengediaan :

1. Rebus ayam yg sudah dibasuh bersama kentang, bawang dan halia. 
2. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan daun sup, ayam dan kangkung dan cous cous.
3. Tunggu hingga kering sedikit. Matikan api dan tunggu hingga sejuk.
4. Blander guna Turbo Chopper Tupperware. 
5. Siap. Dan boleh dihidangkan.


-------------------------------------

Ok itu sahaja untuk hari ini. Tunggu bento esok pula! Selamat mencuba!! Gud bai... :')




Sunday, 19 October 2014

Jom Bawa bekal ke sekolah

Assalamualaikum. 



Baru beberapa hari ni duk terbaca la tentang Kempen Jom Bawa Bekal ke sekolah. Pertama dalam pemikiran aku, memang bagus kempen ni. Tujuan utama kerajaan sebarkan kempen ni kepada rakyat salah satunya memang untuk berjimat-cermat. Apa tidaknya semua benda nak mahal. Termasuklah bab makan yang memang jadi benda 'wajibughunnah' kita hari-hari.

Tapi lagi bagus kalau kempen ini dapat sokongan dan dapat inspirasi dari menteri-menteri kita sendiri. Teringin juga tengok menteri-menteri kita bawa bekal ke tempat kerja. Pemimpin perlu jadi role model, jadi apa salahnya kalau mereka seiring dengan rakyat dimana sama-sama bawa bekal. Kan bagus.

Aku memang ada satu impian, impian nak menyusukan Baby Fawwaz sampai 2 tahun dan aku nak juga siapkan bekal dia ke sekolah sebaik mungkin. Tak kisahlah apapun makanannya janji ia berkhasiat dan bila anak kita bawa bekal ke sekolah, memang secara tak langsung semangat belajar diorang pun akan meningkat. Alang-alang siapkan bekal anak, sekaligus boleh siapkan bekal suami dan aku punya sekali. So dah jimat kat situ. Sekarang masalahnya adalah 'KERAJINAN'.


Bayangkan kalau bekal ke sekolah untuk anak comel macam ni, confirm kawan-kawan anak berkerumun kat kantin semata nak tengok bekal anak kita. 

Sebenarnya secara perlahan-lahan aku dah pun cuba bawakan bekal Baby Fawwaz ke pengasuh. Bangun pagi-pagi siapkan bubur, puri dan sebagainya. Sian nanti kalau kita tak siapkan, anak kecil kesayangan nak makan apa. Sebab baby umur 2 tahun ke bawah tak boleh makan gula dan garam. Say no to sugar and salt! 

Jadi inilah salah satu hasilnya. Harap-harap dapat juga jadi panduan ibu-ibu untuk siapkan bubur anak. 


Bubur ikan salmon dan sayuran
(Homemade simple porridge - 7 month old)

Bahan : 

1. Beras kisar (2 sudu besar)
2. Brokoli dan carrot dihiris
3. Ikan salmon (sebahagian)

Cara memasak :-

Siapkan bahan- bahan diatas, cuci bersih dan masukkan kesemuanya dalam periuk. Masukkan air lebih kurang 3 cawan. Masak hingga menjadi bubur. Dah selesai, lenyek-lenyekkan isi ikan. Sejukkan sebentar dan blander semua. Bubur sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba! 







 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork