Showing posts with label BENTOLICIOUS. Show all posts
Showing posts with label BENTOLICIOUS. Show all posts

Wednesday, 11 February 2015

Bentolicious : Day 5


Assalamualaikum. 
Bneto untuk hari ke 5 : 27 Januari 2015
Usia baby Amirul Fawwaz genap 1 tahun 7 hari. 



Hidangan Baby Fawwaz untuk hari ke 5 #Cabaran Bento




Breakfast : 

Instant Oat 
Strawberry
Grapes
Banana 
Raisin

Cara penyediaan : 
  1. Rendam oat dalam mug bersama air panas. Biarkan selama 5 minit. Tapis dan ambil oat sahaja.
  2. Kukus buah strawberry dan anggur. siap, angkat dan toskan.
  3. Campurkan kesemua bahan oat, strawberry, anggur, pisang dan kismis kedalam blender dan blender ikut kesesuaian usia bayanda. 
  4. Siap, boleh dihidangkan. 


***************************************************************************



Lunch :

Cous cous
Isi Ikan kembung
Brokoli
Carrot
Cheese

Cara penyediaan :
  1. Masukkan cous-cous lebih kurang 3 sudu, isi ikan kembung, beberapa kuntum brokoli dan carrot kedalam periuk dengan air lebih kurang secawan setengan. (pastikan kesemua bahan dicuci dengan bersih).
  2. Hidupkan api dan tunggu sehingga mendidih. 
  3. Masukkan cheese dan matikan api.
  4. Siap dan boleh dihidangkan. 


**************************************************************************



Snacks : 
  1. Biskut jejari

************************************************************************

Sunday, 25 January 2015

Bentolicious : Day 4


Assalamualaikum, 
Moga semua sihat hendak-Nya. 
Mama update lagi Bento untuk baby Amirul Fawwaz untuk hari ke 4.





Breakfast

Instant Oat
Strawberry
Grapes
Banana


Cara Penyediaan : 
  1. Instant oat direndam dalam 1 cawan air panas. tunggu sehingga kembang. Tapis dan ambil oat sahaja.
  2. Masukkan anggur, pisang dan strawberry yang berih dan sudah dipotong kedalam blender tangan (Turbo Chopper)
  3. Masukkan sekali oat yang sudah ditapis tadi.
  4. Teruskan blander kesemua bahan. 
  5. Siap, sedia untuk dihidangkan.


**************************************************************************



Lunch

Cous cous 
Salmon Fish
Brocoli 
Carrot

Cara penyediaan :

  1. Basuh ikan salmon, carrot dan brokoli sehingga bersih.
  2. Sediakan periuk kecil, masukkan cous-cous lebih kurang 3-4 sudu besar, Masukkan juga semua sayur-sayur yang bersih  dan siap dopotong serta ikan salmon kedalam periuk.
  3. Masak diatas dapur dengan api yang sederhana.
  4. Tunggu sehingga kering.
  5. Masukkan semua bahan telah dimasak tu ke dalam Blender Turbo Chopper. Blander dengan hati girang :)
  6. Siap, dan sedia untuk dihidang.
*********************************************************


Snek 

Biskut - Lady's Choice Peanut Butter & Choc 


* Sebenarnya Lady's Choice takda pun takpe, Baby Fawwaz biasanya cuit sikit-sikit konon buat macam Nini Coklat Celup!! :)



Selamat Mencuba!!



Bentolicious : Day 3

Salam. Sempat lagi mengisi masa lapang dengan update blog sebab masa mengajar free sekarang. So, ini makanan Baby Fawwaz. tak berapa nak berbento sangat sebab masa cuti. so tak ada la bekal, sebab duduk rumah aje.




Atas : Breakfast - Bawah : Lunch



Bahan-bahan - Breakfast : 
Instant Oat - Avocado - Papaya -Kurma

Cara Penyediaan :
  1. Instant oat direndam dalam air panas. Lebih kurang dalam 3-4 sudu. tunggu kembang lepastu tapis. Ambil oatnya sahaja.
  2. Steam Avocado dan Kurma. Pastikan bersih.
  3. Basuh betik dan potong-potong dadu. (betik tak payah steam sebab dah masak)
  4. Masukkan dalam Blender Turbo chopper bagi kesemua bahan diatas. Blend dengan girang hati.
  5. Sedia untuk dihidang.



Bahan-bahan - Lunch : 
Cous cous - Pumpkin - Timun Jepun - Stok bilis - Serbuk Bilis Kering

Cara penyediaan :
  1. Potong timun jepun dan pumpkin berbentuk dadu . cuci bersih. 
  2. Ambil periuk masukkan cous-cous lebih kurang 3-4 sudu, masukkan pumpkin, timun jepun dan juga stok bilis.
  3. Tunggu sehingga masakkan kering. Lebih kurang 10-15 minit 
  4. Masukkan serbuk bilis kering dan gaulkan. 
  5. Sedia untuk dihidang.



Selamat Mencuba!



Thursday, 22 January 2015

Bentolicious : Day 2

Salam. Hari ni cuti. Walaupun cuti tapi masih lagi bersemangat untuk meneruskan cabaran bento untuk diri sendiri dan Baby Amirul Fawwaz.

Menu hari ini : 


Breakfast (atas) - Lunch (bawah)



Resipi :

Breakfast

Bahan- bahan : 

Instant oat
Papaya
Banana
Kurma

Cara penyediaan : 

1. Rendam instant oat dalam air panas. Selepas kembang, terus tapis, ambil oat sahaja, air tak perlu.
2. Betik dan pisang di potong dadu. Basuh bersih. 
3. Blander semua dalam Turbo Chopper Tupperware bersama kurma dan oat.
4. Siap dan boleh dihidangkan.


Lunch 

Bahan- bahan : 

Cous cous
Kangkung
Daun sup
Isi ayam
Kentang
Bawang
Halia

Cara pengediaan :

1. Rebus ayam yg sudah dibasuh bersama kentang, bawang dan halia. 
2. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan daun sup, ayam dan kangkung dan cous cous.
3. Tunggu hingga kering sedikit. Matikan api dan tunggu hingga sejuk.
4. Blander guna Turbo Chopper Tupperware. 
5. Siap. Dan boleh dihidangkan.


-------------------------------------

Ok itu sahaja untuk hari ini. Tunggu bento esok pula! Selamat mencuba!! Gud bai... :')




Wednesday, 21 January 2015

Bentolicious : Day 1

Salam. Alhamdulillah. Syukur. Hari ni hati sangat girang sebab baby Muhammad Amirul Fawwaz dah genap 1 tahun. So mama sangat excited sediakan bekal untuk Baby Fawwaz. Bukan bermaksud sebelum ni tak pernah bagi bekal, memang hari-hari bawakan tapi hari ni sangat special. Hihi. Baby Fawwaz 1 tahun, gigi dah 6 batang boleh makan makanan yg teksturnya kasar sikit.


Inilah hasilnya bekal baby Amirul Fawwaz


Breakfast : 
Instant Oat - Banana - Jambu - Kurma

Resipi : 
3 sudu Instant oat 
1 biji pisang masak yang manis
2 potong jambu (susah dikukus)
Kurma 2 biji (kukus sekali dengan jambu)

Masukkan semua dalam Turbo chopper Tupperware. Blander pakai tangan dalam 5 minit. Ting!! Dah siap!! :)


Lunch : 
Cous cous - labu kuning - brokoli - stok bilis - serbuk bilik kering

Resipi :

1. Potong semua sayur brokoli dan labu. Basuh bersih-bersih.
2. Masukkan 4 sudu cous cous dalam periuk kecil, masukkan sayur yang dah dipotong, air 1 cawan, stok bilis dan serbuk bilis kering. 
3. Masak atas dapur sampai kering.
4. Blander semua. Jangan terlalu hancur. 


Snek/ Makanan sampingan :
Kek coklat - Nugget Ayam - biskut Jacobs

Selesai. Sangat ringkas dan mudah! Selamat mencuba! 
 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork