Showing posts with label PPKI SK PENGHULU SALLEH. Show all posts
Showing posts with label PPKI SK PENGHULU SALLEH. Show all posts

Thursday, 15 January 2015

Sayang kamu



Betapa kecewa hati bila dapat tahu bekas anak murid Pend Khas tak bersekolah. Bukan kali ni je, tahun2 yg lepas pun macam tu. Bila habis sekolah rendah, terus tak sekolah. Sanggup lagi kerja angkat sawit, kerja warung, bawak motor ke sana ke mari dengan rambut berwarna, bonceng anak dara org, merempit... 


Ya Allah, betapa sayangnya aku pada anak2 murid istimewa.. Kuatkanlah jiwa dan hatinya dari terpengaruh dek anasir negatif.... 


Kalau korang ada anak, adik, abg, akak, pakcik, makcik, sepupu atau kawan yg OKU... Tolong.. Tolonglah support mereka. Bagi mereka semangat utk terus sekolah, belajar, belajar dan belajar.... Bagi semangat pada mereka, nasihat mereka supaya jadi insan berguna. 


Mereka tu insan istimewa, tak tahu mana pahala mana dosa, tak kenal mana satu betul mana satu salah. Kita sebagai insan sekeliling mereka sama2 lah kita bimbing mereka. 


Sayang masa depan mereka.... Allah.. Lindungi anak2 istimewaku... Cikgu syg kamu.... Apa mampu cikgu beri, didikan sudah doa pun sudah. Moga kamu terlindung dan selamat dunia akhirat nak..... :'(




Tuesday, 11 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN PEND KHAS SK PENGHULU SALLEH 2014


Assalamualaikum... 
Salam sejahtera semua..

11 November 2014 yang lepas kami ke The Summit, Batu Pahat untuk Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun 2014 bagi murid-murid, guru-guru dan juga PPM Program Pendidikan Khas Integrasi. Alhamdulillah persediaan program berjalan lancar seperti dalam perancangan. semuanya dengan izin Allah. 


1. Tasik Y, Batu Pahat

Taman Rekreasi paling terkenal di Batu Pahat. seronok bawa anak-anak murid beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, PPM dan murid-murid semua. 

Aktiviti regangan badan 10 minit





gambar cikgu-cikgu dan PPM berselfie bersama anak murid tersayang


Asha, Emylia, Faeza dan Nadhilah seronok bermain jongkang jongkit




Hakimey, Fadhil, Haziq dan Farid seronok buat aktiviti memanjat yang mencabar fizikal mereka






Murid-murid perempuan tersenyum semuanya sebab gembira dan puas bermain buaian







Giliran kami berselfie. monopod tu over sangat sampai nampak sangat. Hadoyai. Haha.



2. Pizza Hut The Summit Batu Pahat. Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun 2014.

  • Menu murid  : Kid's Meal + ice milo + icecream
  • Menu guru-guru : Sdn. Bhd
  • 3 biji kek untuk jamuan kali ni. 2 untuk murid-murid dan 1 kek untuk guru (Secret Recipies Cakes)  












Semua guru-guru, murid-murid dan PPM semuanya gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang diadakan sepanjang hari ini.Alhamdulillah. Tahun depan boleh buat lagi. Yeah!!  

Sekian. Assalamualaikum. Babai. 


 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork