Tuesday, 30 December 2014

MESYUARAT PANITIA PEND KHAS KALI PERTAMA 2015


Alhamdulillah, tahun 2015 bakal menjelma beberapa hari lagi. Dikala kita semua buat persiapan ke sekolah, jauh disudut hati saya terfikir sejenak bagaimanakah keadaan kawan-kawan dan saudara mara kita di utara dan pantai timur yg dilanda banjir. Barangkali mereka sibuk membasuh kelas, bilik guru dan sibuk juga mengecat dan menyusun atur kembali fizikal di sekolah. Moga mereka kuat mengharungi ujian Allah. Amin.

Berbalik kita pada tajuk utama. Hari ini 30 Disember 2014 hari kami semua warga Program Pendidikan Khas Integrasi mengadakan Mesyuarat Kali Pertama untuk sesi 2015. Alhamdulillah 8 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid juga hadir sama-sama menjayakan misi mesyuarat pada kali ini.

Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 9.00 pagi -11.30 pagi
Tempat : Bilik Kemahiran Manipulatif 


Tiada banyak perkara berbangkit sepanjang mesyuarat kami ini. Cuma ada beberapa isu kewangan dan telah pun diselesaikan dengan tanpa kesulitan hasil perbincangan bersama.


Sesi Mesyuarat Kali Pertama ini dipengerusikan oleh GPK Pend Khas kami Tn. Hj Azhar bin Jatmika. Dan saya bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat (setiausaha tetap dan berpencen). Ops! :')


Beberapa orang guru dan PPM yang rancak menetapkan tarikh Takwim Pendidikan Khas 2015. Perbincangan berjalan lancar. 




Gambar sekitar perbincangan. GPK memberikan taklimat tentang beberapa bidang tugas guru-guru serta PPM. Semua memberikan perhatian.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 pagi. Bersurai. 

Thursday, 27 November 2014

Pengurusan Botol Susu Yang Sistematik

Salam. 

Hari ini nak tunjuk korang cara ringkas macam mana nak menguruskan botol susu bayi anda dengan mudah, tak bersepah dan tersusun. 

Selepas korang basuh botol, korang mesti nak toskan botol tersebut. Tempat korang nak toskan botol baby tu kena la bersih dan tersusun. 

Kebiasaannya ibu-ibu suka susun dekat rak botol susu. Beli dekat kedai baby. Tapi pada aku tu sangat payah. Bayangkan kalau yang jenis sekali basuh banyak, tak muat rak tu. 


   


   


   


Gambar pelbagai jenis rak botol susu. Ada mahal ada murah. Macam-macam bentuk dan pelbagai warna. Menarik tapi pada aku leceh. 

Yang sebaiknya korang beli satu rak sederhana 3 tingkat, bawah rak tu korang letak tuala atau pun dulang kecil untuk mudahkan korang buang air yg bertakung masa toskan botol tu. 



     



Haaa.. Macam ni la yang aku maksudkan. Tapi yang ni 2 tingkat dan besar. Kalau nak jimat ruang, korang beli la 3 tingkat atau bertingkat-tingkat  tapi kecil skit saiznya. Dan lebih baik lagi bahagian bawah tu letak dulang. 

Pada aku ni salah satu cara yg menjimatkan ruang, dan bekas rak tu tak membazir. Next time kalau korang nak nak guna rak tu letak barang-barang lain pon ok. 

Ok, itu sahaja. Selamat mencuba! Bye! :)

Thursday, 13 November 2014

Review : Turbo Chopper Tupperware

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua. Semoga semua pembaca sihat hendakNya.

Hari ni aku nak review satu produk best keluaran Tupperware Brand. 

           

Turbo Chopper Tupperware

Kebaikan :

1. Fleksibel. Mudah dibawa kemana-mana. Ringan dan kecil comel.
2. Bebas elektrik. Tak perlu sibuk cari plug bagai untuk semata nak blender.
3. Mudah dicuci. Lepas guna angkat mata pisau cuci lebih kurang dan terus lap-lap. Simpan dalam kotak. 
4. Bekas tahan panas. Berkualiti dan tebal. Jatuh tak pecah
5. Bekas boleh berfungsi isi makanan, if keluarkan mata pisau. 


See! Banyak manfaat dari penggunaan Turbo Chopper ni. Setakat ni aku guna untuk blender bubur anak. Baby Amirul Fawwaz baru umur 9 bulan lebih. Jadi bubur dia kena sederhana kasar. So dengan blender ni senang nak agak kehalusan bahan blender kita tu. 

                                   


Ini contoh bubur telur dan sayur untuk baby Amirul Fawwaz. Asalnya sayur dan telur tu kasar-kasar, lepas dah masak, panas-panas tu terus masukkan dan blender. Inilah hasilnya. 



        

Ini gambar review orang lain masa dia guna untuk blender bawang. Tengok hasilnya. Berkesan dan seperti yang kita harapkan. 

So, apa lagi boleh la ibu-ibu, suri rumah beli Turbo Chopper ni. Ia sangat-sangat berbaloi untuk anda. 

Jika berminat boleh email saya : cikgumas812@gmail.com. 

Saya akan balas secepat mungkin. Email saya sentiasa aktif. Jangan risau.

Ok itu sahaja untuk review kali ini. Assalamualaikum. Jumpa lagi. 

Tuesday, 11 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN PEND KHAS SK PENGHULU SALLEH 2014


Assalamualaikum... 
Salam sejahtera semua..

11 November 2014 yang lepas kami ke The Summit, Batu Pahat untuk Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun 2014 bagi murid-murid, guru-guru dan juga PPM Program Pendidikan Khas Integrasi. Alhamdulillah persediaan program berjalan lancar seperti dalam perancangan. semuanya dengan izin Allah. 


1. Tasik Y, Batu Pahat

Taman Rekreasi paling terkenal di Batu Pahat. seronok bawa anak-anak murid beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, PPM dan murid-murid semua. 

Aktiviti regangan badan 10 minit





gambar cikgu-cikgu dan PPM berselfie bersama anak murid tersayang


Asha, Emylia, Faeza dan Nadhilah seronok bermain jongkang jongkit




Hakimey, Fadhil, Haziq dan Farid seronok buat aktiviti memanjat yang mencabar fizikal mereka






Murid-murid perempuan tersenyum semuanya sebab gembira dan puas bermain buaian







Giliran kami berselfie. monopod tu over sangat sampai nampak sangat. Hadoyai. Haha.



2. Pizza Hut The Summit Batu Pahat. Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun 2014.

  • Menu murid  : Kid's Meal + ice milo + icecream
  • Menu guru-guru : Sdn. Bhd
  • 3 biji kek untuk jamuan kali ni. 2 untuk murid-murid dan 1 kek untuk guru (Secret Recipies Cakes)  












Semua guru-guru, murid-murid dan PPM semuanya gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang diadakan sepanjang hari ini.Alhamdulillah. Tahun depan boleh buat lagi. Yeah!!  

Sekian. Assalamualaikum. Babai. 


Sunday, 19 October 2014

Jom Bawa bekal ke sekolah

Assalamualaikum. 



Baru beberapa hari ni duk terbaca la tentang Kempen Jom Bawa Bekal ke sekolah. Pertama dalam pemikiran aku, memang bagus kempen ni. Tujuan utama kerajaan sebarkan kempen ni kepada rakyat salah satunya memang untuk berjimat-cermat. Apa tidaknya semua benda nak mahal. Termasuklah bab makan yang memang jadi benda 'wajibughunnah' kita hari-hari.

Tapi lagi bagus kalau kempen ini dapat sokongan dan dapat inspirasi dari menteri-menteri kita sendiri. Teringin juga tengok menteri-menteri kita bawa bekal ke tempat kerja. Pemimpin perlu jadi role model, jadi apa salahnya kalau mereka seiring dengan rakyat dimana sama-sama bawa bekal. Kan bagus.

Aku memang ada satu impian, impian nak menyusukan Baby Fawwaz sampai 2 tahun dan aku nak juga siapkan bekal dia ke sekolah sebaik mungkin. Tak kisahlah apapun makanannya janji ia berkhasiat dan bila anak kita bawa bekal ke sekolah, memang secara tak langsung semangat belajar diorang pun akan meningkat. Alang-alang siapkan bekal anak, sekaligus boleh siapkan bekal suami dan aku punya sekali. So dah jimat kat situ. Sekarang masalahnya adalah 'KERAJINAN'.


Bayangkan kalau bekal ke sekolah untuk anak comel macam ni, confirm kawan-kawan anak berkerumun kat kantin semata nak tengok bekal anak kita. 

Sebenarnya secara perlahan-lahan aku dah pun cuba bawakan bekal Baby Fawwaz ke pengasuh. Bangun pagi-pagi siapkan bubur, puri dan sebagainya. Sian nanti kalau kita tak siapkan, anak kecil kesayangan nak makan apa. Sebab baby umur 2 tahun ke bawah tak boleh makan gula dan garam. Say no to sugar and salt! 

Jadi inilah salah satu hasilnya. Harap-harap dapat juga jadi panduan ibu-ibu untuk siapkan bubur anak. 


Bubur ikan salmon dan sayuran
(Homemade simple porridge - 7 month old)

Bahan : 

1. Beras kisar (2 sudu besar)
2. Brokoli dan carrot dihiris
3. Ikan salmon (sebahagian)

Cara memasak :-

Siapkan bahan- bahan diatas, cuci bersih dan masukkan kesemuanya dalam periuk. Masukkan air lebih kurang 3 cawan. Masak hingga menjadi bubur. Dah selesai, lenyek-lenyekkan isi ikan. Sejukkan sebentar dan blander semua. Bubur sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba! 







Thursday, 16 October 2014

Program Rekreasi dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Salam. Apa khabar semua?

Alhamdulillah kita bertemu kembali. Beberapa minggu lepas saya bersama rakan-rakan guru dan pembantu pengurusan murid bawa murid Pendidikan Khas ke Pantai Minyak Beku.

Ini lokasi yang memang dijadikan tapak rekreasi sebab boleh cari pengalaman naik bot dan juga melihat keindahan pantai dengan penuh ketenangan. Murid- murid pun gembira dan teruja. 

Jom kita saksikan beberapa keping gambar sepanjang program tersebut. Jadikan kenang-kenangan bersama. 








Kami sempat juga dibawa oleh pemandu boat untuk mengelilingi pulau yang ada disitu. Ada rumah api, pusat radar dan juga kawasan penempatan rumah orang asli. Kami dapat juga lihat pemisah air yang mana tali air masin dan tawar bertemu. Seram juga mula-mula sebab katanya kawasan tersebut dalam. Doa banyak-banyak doa masa tu. Harap semua selamat, tiada perkara tidak diingini berlaku. Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke jeti. 

InshaaAllah lepas ni program Pendidikan Khas kami ke Kuala Lumpur. Semoga dipermudahkan. Amin. 




Monday, 13 October 2014

Disebalik tabir blog 'Diari Seorang Pendidik Milenia'

Assalamualaikum. Salam pertemuan kembali. 

Apa khabar semua?

Kali ini suka untuk saya kongsikan sebab kenapa saya memilih nama Pendidik Milenia ini sebagai watak utama dalam blog saya.


DIARI

 SEORANG

 PENDIDIK

 MILENIA


Hasil dari carian di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, Diari Seorang Pendidik Milenia memberi maksud yang mendalam bagi diri saya. Penceriataan/ Cerita tentang kisah hidup seharian saya sebagai seorang guru di zaman serba moden yang penuh dugaan dan cabaran. Ini adalah diari saya, dan niat saya memang untuk kongsikan ilmu saya yang tak seberapa dan juga perkongsian hidup saya sebagai seorang guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, ibu dan juga isteri. Semoga saya berjaya menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin, dan semoga perkongsian kisah kehidupan saya memberikan semangat kepada rakan-rakan pembaca.

Sekian.




Dari jari penulis,
Pendidik Milenia

Salam Pendidik dari penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat

Hari ini hari bersejarah. Dimana 14 Oktober 2014 merupakan hari lahirnya blog Pendidik Milenia ini. Sebenarnya, mahu dipendekkan ceritanya, blog asal iaitu 'duniaku.duniacikgu' telah mengalami masalah dari segi Log in. Maklumlah dah terlalu banyak email dan kata laluan sehingga lupa yang mana satu yang digunakan untuk blog tersebut. Jadi, blog tersebut tak boleh dibuka walaupun setelah pelbagai inisiatif dicuba. tapi, Blog tu masih boleh dibaca seperti biasa. Cuma, masalah log in sahaja. Justeru, saya ambil keputusan untuk buka blog baru. Lahirlah blog Pendidik Milenia ini. 

Blog duniaku duniacikgu sudah berusia hampir 3 tahun lebih. Sejak dari saya di IPG Kota Bharu lagi, masa 2010 sehingga lah kini. Ada juga dalam kalangan rakan-rakan yang mengenali saya dari blog yang lama, jadi fungsi blog ini untuk mengeratkan kembali ukhwah yang sudah terputus sekian lama. Semoga hasrat saya membuka blog baru ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan bersama rakan-rakan blogger yang baru dan yang sedia ada. 

Ini blog asal saya www.duniakucikgu.blogspot.com (klik link untuk baca)

www.duniakucikgu.blogspot.com

 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork