Wednesday 11 February 2015

Bentolicious : Day 5


Assalamualaikum. 
Bneto untuk hari ke 5 : 27 Januari 2015
Usia baby Amirul Fawwaz genap 1 tahun 7 hari. 



Hidangan Baby Fawwaz untuk hari ke 5 #Cabaran Bento




Breakfast : 

Instant Oat 
Strawberry
Grapes
Banana 
Raisin

Cara penyediaan : 
  1. Rendam oat dalam mug bersama air panas. Biarkan selama 5 minit. Tapis dan ambil oat sahaja.
  2. Kukus buah strawberry dan anggur. siap, angkat dan toskan.
  3. Campurkan kesemua bahan oat, strawberry, anggur, pisang dan kismis kedalam blender dan blender ikut kesesuaian usia bayanda. 
  4. Siap, boleh dihidangkan. 


***************************************************************************



Lunch :

Cous cous
Isi Ikan kembung
Brokoli
Carrot
Cheese

Cara penyediaan :
  1. Masukkan cous-cous lebih kurang 3 sudu, isi ikan kembung, beberapa kuntum brokoli dan carrot kedalam periuk dengan air lebih kurang secawan setengan. (pastikan kesemua bahan dicuci dengan bersih).
  2. Hidupkan api dan tunggu sehingga mendidih. 
  3. Masukkan cheese dan matikan api.
  4. Siap dan boleh dihidangkan. 


**************************************************************************



Snacks : 
  1. Biskut jejari

************************************************************************

Friday 6 February 2015

Baby Muhammad Amirul Fawwaz

Salam. Alhamdulillah. Sihat seperti sedia kala. Masih lagi Allah kurniakan kesihatan dan peluang bernafas dibumi ini. Syukur.

Cuti hari ini so masak makanan baby Fawwaz seperti biasa cuma tak berbento bagai. Sy berbento masa hanta baby Fawwaz kepada pengasuh sahaja. 

Minggu ni genap baby Fawwaz berusia 1 tahun 2 minggu. Alhamdulillah. Membesar menjadi anak yang aktif, sihat dan cerdas. Dah pandai ketawa, bergurau, pandai sebut 1 suku kata. Pandai juga mengamuk dan masih belum berjalan. Takpe, mama tak kisah. Adik merangkak puas- puas dulu k. Nanti dah jalan cepat penat pulak. Bukan adik yang penat, tapi mama nanti yg semput. 




Gambar baby Amirul Fawwaz dari lahir sehingga 10 bulan. Gambar seterusnya nanti bila-bila upload lagi. Ok? 

Hasrat mama cuma ada 3 sahaja sayang. Supaya kamu menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat dan mulia akhlaknya.

Mama tak janjikan apa-apa kekayaan, mama cuma akan beri didikan agama sebaik mungkin selagi mama mampu. Mama sayang adik sepenuh hati. Andai mama pernah mengabaikan atau menyakiti adik, ampunkan mama sayang. Mama cuba menjadi ibu terbaik disisi adik. Doakan mama sihat dan menjadi ibu solehah. Dapat berada bersama anak kesayangan mama ni sehingga akhir hayat. Sehingga anak mama besar berumah tangga dan berjaya dalam kehidupan. 


Kamulah cinta hati mama, penyejuk mata dan jiwa mama. Mama sayang kamu nak. I love more than words. Love, love and love... ❤️❤️❤️

Sehingga kita sekeluarga berpimpin tangan menuju syurga Allah. Amin. 



 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork