Sunday 19 October 2014

Jom Bawa bekal ke sekolah

Assalamualaikum. 



Baru beberapa hari ni duk terbaca la tentang Kempen Jom Bawa Bekal ke sekolah. Pertama dalam pemikiran aku, memang bagus kempen ni. Tujuan utama kerajaan sebarkan kempen ni kepada rakyat salah satunya memang untuk berjimat-cermat. Apa tidaknya semua benda nak mahal. Termasuklah bab makan yang memang jadi benda 'wajibughunnah' kita hari-hari.

Tapi lagi bagus kalau kempen ini dapat sokongan dan dapat inspirasi dari menteri-menteri kita sendiri. Teringin juga tengok menteri-menteri kita bawa bekal ke tempat kerja. Pemimpin perlu jadi role model, jadi apa salahnya kalau mereka seiring dengan rakyat dimana sama-sama bawa bekal. Kan bagus.

Aku memang ada satu impian, impian nak menyusukan Baby Fawwaz sampai 2 tahun dan aku nak juga siapkan bekal dia ke sekolah sebaik mungkin. Tak kisahlah apapun makanannya janji ia berkhasiat dan bila anak kita bawa bekal ke sekolah, memang secara tak langsung semangat belajar diorang pun akan meningkat. Alang-alang siapkan bekal anak, sekaligus boleh siapkan bekal suami dan aku punya sekali. So dah jimat kat situ. Sekarang masalahnya adalah 'KERAJINAN'.


Bayangkan kalau bekal ke sekolah untuk anak comel macam ni, confirm kawan-kawan anak berkerumun kat kantin semata nak tengok bekal anak kita. 

Sebenarnya secara perlahan-lahan aku dah pun cuba bawakan bekal Baby Fawwaz ke pengasuh. Bangun pagi-pagi siapkan bubur, puri dan sebagainya. Sian nanti kalau kita tak siapkan, anak kecil kesayangan nak makan apa. Sebab baby umur 2 tahun ke bawah tak boleh makan gula dan garam. Say no to sugar and salt! 

Jadi inilah salah satu hasilnya. Harap-harap dapat juga jadi panduan ibu-ibu untuk siapkan bubur anak. 


Bubur ikan salmon dan sayuran
(Homemade simple porridge - 7 month old)

Bahan : 

1. Beras kisar (2 sudu besar)
2. Brokoli dan carrot dihiris
3. Ikan salmon (sebahagian)

Cara memasak :-

Siapkan bahan- bahan diatas, cuci bersih dan masukkan kesemuanya dalam periuk. Masukkan air lebih kurang 3 cawan. Masak hingga menjadi bubur. Dah selesai, lenyek-lenyekkan isi ikan. Sejukkan sebentar dan blander semua. Bubur sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba! 







Thursday 16 October 2014

Program Rekreasi dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Salam. Apa khabar semua?

Alhamdulillah kita bertemu kembali. Beberapa minggu lepas saya bersama rakan-rakan guru dan pembantu pengurusan murid bawa murid Pendidikan Khas ke Pantai Minyak Beku.

Ini lokasi yang memang dijadikan tapak rekreasi sebab boleh cari pengalaman naik bot dan juga melihat keindahan pantai dengan penuh ketenangan. Murid- murid pun gembira dan teruja. 

Jom kita saksikan beberapa keping gambar sepanjang program tersebut. Jadikan kenang-kenangan bersama. 








Kami sempat juga dibawa oleh pemandu boat untuk mengelilingi pulau yang ada disitu. Ada rumah api, pusat radar dan juga kawasan penempatan rumah orang asli. Kami dapat juga lihat pemisah air yang mana tali air masin dan tawar bertemu. Seram juga mula-mula sebab katanya kawasan tersebut dalam. Doa banyak-banyak doa masa tu. Harap semua selamat, tiada perkara tidak diingini berlaku. Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke jeti. 

InshaaAllah lepas ni program Pendidikan Khas kami ke Kuala Lumpur. Semoga dipermudahkan. Amin. 




Monday 13 October 2014

Disebalik tabir blog 'Diari Seorang Pendidik Milenia'

Assalamualaikum. Salam pertemuan kembali. 

Apa khabar semua?

Kali ini suka untuk saya kongsikan sebab kenapa saya memilih nama Pendidik Milenia ini sebagai watak utama dalam blog saya.


DIARI

 SEORANG

 PENDIDIK

 MILENIA


Hasil dari carian di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, Diari Seorang Pendidik Milenia memberi maksud yang mendalam bagi diri saya. Penceriataan/ Cerita tentang kisah hidup seharian saya sebagai seorang guru di zaman serba moden yang penuh dugaan dan cabaran. Ini adalah diari saya, dan niat saya memang untuk kongsikan ilmu saya yang tak seberapa dan juga perkongsian hidup saya sebagai seorang guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, ibu dan juga isteri. Semoga saya berjaya menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin, dan semoga perkongsian kisah kehidupan saya memberikan semangat kepada rakan-rakan pembaca.

Sekian.




Dari jari penulis,
Pendidik Milenia

Salam Pendidik dari penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat

Hari ini hari bersejarah. Dimana 14 Oktober 2014 merupakan hari lahirnya blog Pendidik Milenia ini. Sebenarnya, mahu dipendekkan ceritanya, blog asal iaitu 'duniaku.duniacikgu' telah mengalami masalah dari segi Log in. Maklumlah dah terlalu banyak email dan kata laluan sehingga lupa yang mana satu yang digunakan untuk blog tersebut. Jadi, blog tersebut tak boleh dibuka walaupun setelah pelbagai inisiatif dicuba. tapi, Blog tu masih boleh dibaca seperti biasa. Cuma, masalah log in sahaja. Justeru, saya ambil keputusan untuk buka blog baru. Lahirlah blog Pendidik Milenia ini. 

Blog duniaku duniacikgu sudah berusia hampir 3 tahun lebih. Sejak dari saya di IPG Kota Bharu lagi, masa 2010 sehingga lah kini. Ada juga dalam kalangan rakan-rakan yang mengenali saya dari blog yang lama, jadi fungsi blog ini untuk mengeratkan kembali ukhwah yang sudah terputus sekian lama. Semoga hasrat saya membuka blog baru ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan bersama rakan-rakan blogger yang baru dan yang sedia ada. 

Ini blog asal saya www.duniakucikgu.blogspot.com (klik link untuk baca)

www.duniakucikgu.blogspot.com

 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork