Sunday 25 January 2015

Bentolicious : Day 4


Assalamualaikum, 
Moga semua sihat hendak-Nya. 
Mama update lagi Bento untuk baby Amirul Fawwaz untuk hari ke 4.





Breakfast

Instant Oat
Strawberry
Grapes
Banana


Cara Penyediaan : 
  1. Instant oat direndam dalam 1 cawan air panas. tunggu sehingga kembang. Tapis dan ambil oat sahaja.
  2. Masukkan anggur, pisang dan strawberry yang berih dan sudah dipotong kedalam blender tangan (Turbo Chopper)
  3. Masukkan sekali oat yang sudah ditapis tadi.
  4. Teruskan blander kesemua bahan. 
  5. Siap, sedia untuk dihidangkan.


**************************************************************************



Lunch

Cous cous 
Salmon Fish
Brocoli 
Carrot

Cara penyediaan :

  1. Basuh ikan salmon, carrot dan brokoli sehingga bersih.
  2. Sediakan periuk kecil, masukkan cous-cous lebih kurang 3-4 sudu besar, Masukkan juga semua sayur-sayur yang bersih  dan siap dopotong serta ikan salmon kedalam periuk.
  3. Masak diatas dapur dengan api yang sederhana.
  4. Tunggu sehingga kering.
  5. Masukkan semua bahan telah dimasak tu ke dalam Blender Turbo Chopper. Blander dengan hati girang :)
  6. Siap, dan sedia untuk dihidang.
*********************************************************


Snek 

Biskut - Lady's Choice Peanut Butter & Choc 


* Sebenarnya Lady's Choice takda pun takpe, Baby Fawwaz biasanya cuit sikit-sikit konon buat macam Nini Coklat Celup!! :)



Selamat Mencuba!!



1 comment:

  1. cantik la bekas dan sudu tu..boleh jadi treadmark blog tu..ehhehe

    ReplyDelete

 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork