Sunday 25 January 2015

Bentolicious : Day 3

Salam. Sempat lagi mengisi masa lapang dengan update blog sebab masa mengajar free sekarang. So, ini makanan Baby Fawwaz. tak berapa nak berbento sangat sebab masa cuti. so tak ada la bekal, sebab duduk rumah aje.




Atas : Breakfast - Bawah : Lunch



Bahan-bahan - Breakfast : 
Instant Oat - Avocado - Papaya -Kurma

Cara Penyediaan :
  1. Instant oat direndam dalam air panas. Lebih kurang dalam 3-4 sudu. tunggu kembang lepastu tapis. Ambil oatnya sahaja.
  2. Steam Avocado dan Kurma. Pastikan bersih.
  3. Basuh betik dan potong-potong dadu. (betik tak payah steam sebab dah masak)
  4. Masukkan dalam Blender Turbo chopper bagi kesemua bahan diatas. Blend dengan girang hati.
  5. Sedia untuk dihidang.



Bahan-bahan - Lunch : 
Cous cous - Pumpkin - Timun Jepun - Stok bilis - Serbuk Bilis Kering

Cara penyediaan :
  1. Potong timun jepun dan pumpkin berbentuk dadu . cuci bersih. 
  2. Ambil periuk masukkan cous-cous lebih kurang 3-4 sudu, masukkan pumpkin, timun jepun dan juga stok bilis.
  3. Tunggu sehingga masakkan kering. Lebih kurang 10-15 minit 
  4. Masukkan serbuk bilis kering dan gaulkan. 
  5. Sedia untuk dihidang.



Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment

 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork