Cuti hari ini so masak makanan baby Fawwaz seperti biasa cuma tak berbento bagai. Sy berbento masa hanta baby Fawwaz kepada pengasuh sahaja.
Minggu ni genap baby Fawwaz berusia 1 tahun 2 minggu. Alhamdulillah. Membesar menjadi anak yang aktif, sihat dan cerdas. Dah pandai ketawa, bergurau, pandai sebut 1 suku kata. Pandai juga mengamuk dan masih belum berjalan. Takpe, mama tak kisah. Adik merangkak puas- puas dulu k. Nanti dah jalan cepat penat pulak. Bukan adik yang penat, tapi mama nanti yg semput.
Hasrat mama cuma ada 3 sahaja sayang. Supaya kamu menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat dan mulia akhlaknya.
Mama tak janjikan apa-apa kekayaan, mama cuma akan beri didikan agama sebaik mungkin selagi mama mampu. Mama sayang adik sepenuh hati. Andai mama pernah mengabaikan atau menyakiti adik, ampunkan mama sayang. Mama cuba menjadi ibu terbaik disisi adik. Doakan mama sihat dan menjadi ibu solehah. Dapat berada bersama anak kesayangan mama ni sehingga akhir hayat. Sehingga anak mama besar berumah tangga dan berjaya dalam kehidupan.
Kamulah cinta hati mama, penyejuk mata dan jiwa mama. Mama sayang kamu nak. I love more than words. Love, love and love... ❤️❤️❤️
Sehingga kita sekeluarga berpimpin tangan menuju syurga Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment