Tuesday 20 January 2015

REVIEW : Philips AVENT Manual Breastpump

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sempat berblogging sementara belum masuk kelas mengajar. Alhamdulillah hari ni genap Baby Muhammad Amirul Fawwaz berumur 1 tahun. Dan ini bermakna perjalanan penyususan susu ibu masih ada lagi 1 tahun = 12 bulan. Semoga niat baik aku akan tercapai sebab nak sangat susukan anak sampai 2 tahun. Kalau diizinkan Allah...

Cerita berkaitan Manual breastpump AVENT memang ramai tertanya-tanya. Kebiasaanya ibu-ibu baru atau kurang kefahaman atau pengalaman berkaitan breastpump. Kali ni aku share sikit pengalaman pakai AVENT Manual Breastpump ni dari 2 aspek. Negatif dan postif. Kelebihan dan kekurangan. 



Philips AVENT Manual Breastpump


KEBAIKAN/KELEBIHAN/POSITIF :

  1. Mengosongkan susu dari payudara dengan cepat dan tidak sakit. 
  2. Suction agak kuat dan susu juga laju keluar.
  3. Ringan (mudah dibawa kesana kemari-sebabnya tiada motor)
  4. Tak perlu power supply seperti battery, elektrik mahupun Power bank
  5. Spareparts. Semua bahagian yang besar dan mudah dicuci.
  6. Mempuanyai silicon pada corong. Menjadikan suction / upaya mengepam tidak menyakitkan payudara anda
  7. Mempunyai penutup yang boleh menutup corong. Penutup putih untuk elakkan sebarang kuman, habuk atau kotoran masuk semasa kita berhenti rehat seketika selepas mengepam. 
  8. Jimat masa ketika mencuci, Kerana setiap parts besar dan sangat-sangat senang dicuci dan mudah dipasang.

KEKURANGAN/ KEBURUKAN/ NEGETIF :

  1. Tiada motor menyebabkan tangan menjadi lenguh semasa mengepam. Perlukan kesabaran yang tinggi.
  2. Hanya single pump (sebelah sahaja)
  3. Tidak menjimatkan masa kerana anda akan banyak berhenti untuk merehatkan tangan. 
  4. Jika ada ibu-ibu yang tak suka suction kuat, pasti akan rasa pam ini menyakitkan.


SPAREPARTS




Parts semuanya jenis getah, silicon yang sangan lembut dan licin. Mudah dicuci dan dilalukan air. 


Pada pendapat saya, bagi ibu-ibu yang yang baru pertama kali ingin menggunakan Manual Breastpump terutama untuk dibawa ke hospital. Saya memang sangat mencadangkan anda memakai Philips AVENT Manual Breastpump kerana ia sangat ringan, mudah dibawa dan mudah dikendalikan. tak perlu elektrik masa dihospital kerana kita sendiri pun tak tahu keadaan wad bersalin tu ada plug atau tidak kan?

Anda cuba dulu manual breastpump, jika selesa teruskna. If rasa ia menyusahkan dan melenguhkan, anda perlu tukar kepada Double Breastpump yang mempunyai motor misalnya seperti Medela Freestyle, Lacte, Autumz, Malish dan Spectra dan sebagainya. 

Sekian. Terima Kasih :)

2 comments:

  1. Saya suka pump manual lagi..sebab kita boleh kawal sendiir..tapi bagi orang yang biasa guna pump elektrik tu mungkin susah la nak biasakan guna pump manual nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pam manual ni best sbnrnya sbb susu cepat keluar berbanding pam elektrik... Pam elektrik biasanya lambat sbb ada massage dan sebagainya. Cuma manual pump memerlukan kesabaran yg tinggi... Hihi...

      Delete

 

Diari Seorang Pendidik Milenia Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork